Monday, 2 June 2014

Assalamualaikum w.b.h
Saudara/Saudari Muslimin Muslimat yang amat saya hormati,

Kita selaku umat islam tidak mungkin berpisah dengan Al-Quran.

- Ia adalah 'manual book' kita.

- Ia adalah buku yang penuh dengan tips bagaimana kita hendak hidup bahagia di dunia serta sarat dengan kaedah untuk kita lebih mudah 'berjalan lenggang-lenggok' masuk syurga!


Melaluinya, Allah Azza Wa Jalla telah menyampaikan 114 surah selaku 'warkah cinta'.

Ada yang panjang, ada yang pendek.

Kandungannya ada yang 'straight-forward' maksudnya dan ada juga yang 'berbunga-bunga' bahasanya. Semuanya disusun untuk membuatkan kita lebih 'syok' & bersungguh memahami maksud tersiratnya....

Terasa sangat yang Tuhan Robbul Jalil amat sayangkan kita kerana Dia menawarkan fadhilat berlipat-ganda jika kita selalu membaca '114 surat cinta' dalam kitabNya ini.

Menyentuhnya saja dapat pahala. Menyimpannya pula akan mendapat keberkahan, apatah lagi membaca, mengamal dan menyampaikan kandungannya.

Para pembaca budiman,

Banyak bukan kelebihan Al-Quran?

Walau bagaimanapun, cara membaca kitab istimewa ini ada teknik khasnya tersendiri. Ia digelar sebagai TAJWID.
Sudah pasti, kitab luarbiasa ini tidak boleh dibaca 'semberono' atau 'biasa-biasa' saja. Ia ada teknik khas, cara bacaan khusus yang dipanggil TAJWID.

Membaca Al-Quran secara bertajwid amat penting sebab ia adalah antara faktor kita boleh mengecap nikmat mukjizatnya yang cukup luarbiasa.

Lagipun, membaca Al-Quran dengan teknik (tajwid) yang betul adalah 'common sense' sebab kalau kita baca suratkhabar pun, ia akan dibaca dengan 'grammar' yang betul. Baru kita faham isi kandungannya.

Apatah lagi Al-Quran yang lengkap turun kepada Rasulullah s.a.w. dengan bertajwid.

Disebabkan itulah ulama muktabar sejak zaman Rasulullah s.a.w. hingga sekarang telah bersepakat bahawa hukum membaca al-Quran secara bertajwid adalah suatu yang fardu dan wajib.

  • Tidak kiralah samada anda lelaki atau perempuan,
  • Tidak kiralah samada anda ustaz atau 'orang biasa' yang belajar di negara Eropah,
  • Tidak kiralah samada anda C.E.O atau penoreh getah,
  • Tidak kiralah samada anda berbahasa Melayu, fasih English atau mahir Jepun,

Selagi kita beragama islam, membaca Al-Quran secara bertajwid tetap wajib kepada kita semua.

Pesan ulama lagi, barangsiapa sengaja membacanya tanpa tajwid yang betul bakal berdosa.

PERSOALANNYA : susah sangat ke nak pelajari dan mahirkan diri dengan Tajwid ini?
Dalam apa pun jenis pembelajaran ilmu, kuncinya adalah FAHAM.

Kekangan terbesar yang kita hadapi ialah nak mencari teknik
bagaimana CARA NAK FAHAM & CAMKAN tajwid Al-Quran
dengan LEBIH CEPAT tanpa perlu ambil masa bertahun-tahun.

Dan kadangkala, bila minat nak belajar tajwid sudah meningkat,
kita berdepan dengan beberapa masalah pula seperti :



Masa. Anda yang pergi kerja awal pagi dan pulang malam sudah pasti tiada masa untuk pergi belajar terus dari ustaz-ustaz.

Umur. Mungkin ada sedikit segan dengan tanggapan sudah berumur baru nak belajar kuasai Tajwid.

Tiada rujukan. Anda ingin belajar tetapi tidak tahu kepada siapa harus dirujuk. Lama-kelamaan niat murni itu terpendam begitu sahaja.

Keliru. Dengan hukum tajwid yang begitu banyak dan namanya pula dalam bahasa arab, anda mudah terkeliru serta sukar nak menghafal huruf-hurufnya.

 
Masalah ini sebenarnya BOLEH DIELAKKAN sebab dalam Al-Quran sudah ada tanda-tanda/ kod serta simbol yang boleh membantu kita membaca dengan tajwid yang baik tanpa hafal pun nama hukum-hakam ini.

Pendek kata, anda camkan tanda, simbol dan kodnya, ikuti cara membacanya dan InsyaAllah tepatlah tajwid bacaan anda...

Kalau begini, rasanya bacaan Al-Quran kita akan lebih mudah bukan?

'Rahsia' yang membolehkan anda lebih mudah mengecam tajwid Al-Quran inilah yang ingin saya kongsikan sekarang...
'Mudah' yang saya maksudkan ialah begini :

Saya datangkan contoh/analogi papan tanda jalanraya agar kita lebih mudah fahami perbincangan ini.

Ketika memandu di jalanraya, pemanduan kita selamat dan dimudahkan dengan petunjuk/ signboard yang cukup banyak di tepi jalanraya.

  • ada papantanda hadlaju
  • ada papantanda awas
  • ada traffic light

serta banyak lagi.

Sedarkah kita bahawa pemanduan menjadi mudah, lancar & selamat bila kita :

MENGECAM SEMUA MAKSUD PAPAN TANDA
DAN MENURUTI SETIAP MAKNANYA?

Nampak saja papan tandanya, anda terus tahu apa perlu dilakukan.

Bayangkan pula betapa mudah dan lancarnya pembacaan Al-Quran jika dalam Al-Quran pun ada tanda-tanda seperti itu?

Dan Alhamdulillah, sebenarnya 'papan tanda' dalam Al-Quran itu ada!
Segala tanda/ kod dan simbol untuk memudahkan anda mengecam tajwid Al-Quran itu dikenali sebagai TANDA RESAM UTHMANI.

Ada tanda mad, baris, sabdu, tanwin, huruf-huruf kecil dan sebagainya.

Selain dari berfungsi membantu anda membunyikan huruf, ia ada satu lagi fungsi yang JARANG DIKETAHUI iaitu sebagai 'PAPAN TANDA' wujudnya beberapa hukum tajwid.









Perkara inilah yang saya ingin kongsi dengan anda.

Cara kita mengecam maksud semua tanda-tanda itu agar kita lebih mudah mengecam kehadiran tajwid Al-Quran.

Biar ia menjadi semudah kita melihat papan tanda jalanraya. Nampak sahaja 'signboard'nya, kita dah tahu apa nak dibuat samada semakin laju, perlahan atau berhati-hati.

Begitu juga dengan tanda Resam Uthmani dalam Al-Quran. Nampak sahaja tandanya kita tahu apa nak dibuat : panjang 2 atau 4 harkat ke, dengung atau perlu teruskan bacaan....

Target 'mudah' yang saya maksudkan ialah begini :
Biar semua hukum tajwid yang ada disebalik simbol/ kod & tanda Resam Uthmani itu anda camkan SECEPAT KILAT sama seperti anda cepat mengecam 'signboard' jalanraya :

No comments:

Post a Comment