Mencari bacaan Fatihah paling ‘sempurna’ tajwidnya?
Saya menganggap bacaan Fatihah di bawah paling sempurna dari sudut tajwid, fasohah dan makhrajnya. Ia dibaca oleh Syeikh Mahmud Khalil Al Husari. Beliau adalah pakar Al-Quran Mesir, qari yang diiktiraf dan menjadi pakar rujuk Al-Quran pada usianya. (kenali beliau di : http://www.assajda.com/en/coran/mahmoud-khalil-al-hussary-27.html)
Memang kalau nak diukur dari sudut ‘sedap’ suara, rasanya bacaan Syeikh Ghamidi atau Syeikh Muayqili lebih sedap dan mendayu-dayu. Kita mudah sahaja tertidur mendengar bacaan mereka. Tetapi kali ini, bukan ‘sedap’ yang ingin dicari. Yang sedang diteliti ialah ‘perfect’ tajwid atau tidak.
Mengapa saya berpendapat bacaan Fatihah di atas perfect? Sebabnya ialah, ia menepati ciri2 berikut :
1. Tiada kesalahan ‘lahnun jaliy’ berlaku. Dalam konteks ilmu tajwid, lahnun Jaliy adalah jenis kesalahan besar seperti menukar baris, menukar huruf dan sebagainya. Jika kesalahan ini dilakukan dalam solat, peluang untuk ia terbatal amat besar.
Untuk makluman, bahasa arab adalah bahasa yang agak kompleks dan sangat sensitif. Sedikit pertukaran sebutan boleh membawa kepada pertukaran huruf. Apabila huruf bertukar, berkemungkinan besar makna akan berubah kepada makna lain ataupun maksud asal perkataan tersebut tidak sampai.
2. Tiada kesalahan ‘lahnun khofiy’ – kesalahan kecil seperti kurang panjang harakat, bunyi tambahan yang tidak diperlukan serta lain-lain.
Jika ada pun, barangkali haya satu tempat iaitu pada perkataan ‘anamta’ (ayat 7) yang dibunyikan dengan ‘ana-amta’. Tetapi saya rasa puncanya kerana, bacaan ini telah ditambah effect ‘echo’nya, bukan dari bacaan asal beliau.
3. Sebutan huruf sangat-sangat perfect : inilah kelebihan utama Syeikh Husari yang jarang dimiliki Qari lain. Sebutan huruf dan fasohahnya amat jelas dan mantap.
Dari bacaannya, kita akan mudah dapat membezakan bunyi huruf ‘Ha gulung’ dan ‘Ha pedas’, huruf ‘zal’ dan ‘zai’, ‘sin’ dengan ‘sod’ serta beberapa huruf lain.
BANDINGKAN DENGAN BACAAN KITA….
Mendengar bacaan beliau, terasa jaraknya ‘antara langit dengan bumi’ bila dibandingkan dengan bacaan kita. Ini kerana, bacaan kita amat terdedah dengan ‘Lahnun Jaliy’ dan mungkin, berpuluh ‘Lahnun Khofiy’ dikesan sana-sini.
Disebabkan itulah, saya terpanggil untuk berkongsi, bagaimana cara untuk kita ‘upgrade’ bacaan Fatihah ke tahap bacaan Syeikh Mahmud Khalil Al-Husary.
Saya berpendapat, ia akan dapat dicapai jika kita benar-benar mengenalpasti, mengelakkan dan memperbetulkan semua kesalahan ‘besar-kecil’ yang kita lakukan.
InsyaAllah, semua kesalahan paling lazim dan paling kerap dilakukan oleh ‘lidah melayu kita’ dalam bacaan Fatihah akan saya kongsikan dalam projek DVD terbaru oleh al-Fadhil Ustaz Ashraf Ayyob
– Fatihah terunggul. Ia adalah 1 pakej 3 DVD yang bertujuan khusus untuk ini : bagaimana mencapai bacaan Fatihah yang paling sempurna, paling terunggul.
3 dvdnya akan menerangkan secara praktikal :
DVD 1 : saya akan membongkar 15 jenis kesalahan ‘Lahnun Jaliy’ yang paling kerap kita lakukan dan cara untuk mengelakkannya berlaku lagi dalam bacaan Fatihah kita.
DVD 2 : 14 jenis kesalahan ‘Lahnun Khofiy’ dalam ayat 1-4 Surah Fatihah.
DVD 3 : 16 jenis kesalahan ‘Lahnun Khofiy’ dalam ayat 5-7 Surah Fatihah.
MENGAPA DVD?
Sebelum ini, saya telah berkongsi penerangan semua kesalahan di atas dalam bentuk ebook. Tetapi ternyata, ia tidak mencapai objektif kerana saya banyak menerima emel pertanyaan ‘ustaz, bagaimana cara nak bunyikan sebutan ni?’
Baru saya perasan, ilmu ini berbentuk praktikal. Beza bunyi huruf ‘Ha gulung’ dengan ‘Ha pedas’ tidak dapat difahami hanya berdasarkan penerangan bertulis, biarpun panjang-lebar huraiannya. Ia perlu diterangkan secara praktikal, dapat didengar serta dapat dikesan betul-betul dari mana makhrajnya keluar.
Semua ini hanya dapat dicapai melalui 1 cara sahaja : saya sendiri yang menerangkannya. Saya sendiri menyebut kesalahannya dan saya sendiri yang mendatangkan cara sebutan betulnya. Inilah point besar yang saya tekankan dlm DVD FATIHAH TERUNGGUL.
Doakan, agar proses editingnya bakal siap sebentar lagi. InsyaAllah, bila ia sudah siap, sy akan maklumkan kepada anda.
.
.
p/s : bagi mereka yang ingin saya maklumkannya secara khusus melalui emel, anda boleh menghantar emel kpd sy – fatihahterunggul@yahoo.com . Tidak perlu menulis apa-apa. Cukup letakkan ayat ini pada tajuk emel anda ‘Ustaz Asraff, tolong maklumkan bila DVD dilancarkan’. Nanti sy akan maklumkannya kpd anda.
No comments:
Post a Comment